BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

HARGAILAH MASA

Ahad, 27 Mac 2011

Sabtu, 12 Mac 2011

aku suka syampu


Dalam menjalani kehidupan seharian, syampu merupakan perkara yang penting dalam proses penjagaan diri. Setiap orang ada sebab mengapa menggunakan syampu yang berlainan jenama. Syampu adalah salah satu penjagaan rambut dan kepala. bagi diri saya, saya menggunakan syampu yang jenama clear men (cool sport). 

Saya merasakan syampu ini memang amat sesuai untuk kaum lelaki lebih-lebih lagi bagi mereka yang suka bersukan dan aktif dengan gaya hidup lasak. Bagi saya yang telah lama menggunakan syampu ini, ia amat memuaskan hati saya kerana ia menyegarkan kepala saya dan membuang kelemumur. 

Pada mulanya saya tertarik dengan syampu ini bukan kerana ajakan kawan atau pun faktor keluarga. Faktor utama ialah kerana iklannya dalam tv. Dalam iklan syampu clear ini, mereka menggunakan khidmat Rain iaitu pelakon terkenal dari Korea Selatan. Dalam iklan ini, Rain bercakap dalam bahasa melayu tetapi iklan ini ialah International based. Antara kata-katanya ialah (dunia memerhatikan, penampilan rambutku, hitam kegemaranku, hitam nampak kemas, kemas bermakna tiada kelumumur, saya yakin dengan clear, kelumumur tidak akan kembali, nama saya Rain). Ia amat menarik perhatian saya pada masa itu. Memandangkan saya sudah meminati Rain, perasaan ingin mencuba itu timbul dalam diri saya.

Secara tidak langsung, pada mulanya saya mencuba dengan menggunakan botol yang kecil sahaja. Akhirnya saya berpuas hati dengan hasil yang diperoleh selepas menggunakan syampu tersebut. Syampu Clear ini banyak jenis termasuk juga untuk kaum perempuan. Ia bukan sahaja untuk kaum lelaki sahaja dan juga sesuai kepada golongan veteran. Saya menggunakan syampu ini setiap hari samaada selepas bersukan ataupun tidak. Anda juga boleh cuba.

Seliaan:126507

Jumaat, 11 Mac 2011

Jeans Ku

Pilihan produk kegemaran saya adalah seluar jeans. Jenama yang saya gemari '' LEVI'S ''. Sebelum saya terus menceritakan kepentingan seluar jeans dalam kehidupan saya, lebih baik saya paparkan serba sedikit tentang asal usul seluar jeans ini.




""Pada asalnya jeans dipopularkan di AS oleh Levi Strauss, seorang pemuda berusia dua puluh tahun yang mengadu nasib ke San Francisco sebagai pedagang pakaian.

Ketika itu, AS sedang dilanda demam emas. Semasa Strauss sampai di California bersama barang dagangannya semua barangnya habis terjual, kecuali segulung kain kanvas. Kain kanvas ini dipotongnya dan dibuatnya menjadi beberapa helai seluar yang dijual pada para pekerja lombong emas.

Dan ternyata para pekerja menyukainya kerana seluar buatan Strauss tahan lama dan tidak mudah koyak. Strauss menyempurnakan “penemuannya” dengan memesan stok bahan dari Genoa yang disebut “Genes”, yang oleh Strauss diubah menjadi “jeans“.

Di sinilah para pekerja lombong tambah menyukai seluar buatan Strauss dan “menobatkan” seluar itu sebagai seluar rasmi para pelombong. Para pelombong emas itu menyebut seluar Strauss dengan sebutan “those pants of Levi`s” atau “seluar Si Levi”.

Sebutan inilah yang mengawali jenama dagang pertama seluar jeans pertama di dunia.Naluri bisnes Strauss yang tajam membuatnya mengajak pengusaha berjaya Jacob Davis untuk bekerja sama, dan pada tahun 1880 kerja sama itu melahirkan kilang seluar jeans pertama. Dan produk rekaan mereka yang pertama adalah “Levi’s 501“
.""

Sejarah atas adalah sejarah asal usul lahirnya seluar jeans. Apa kelebihan jeans?? Apa kepentingan jeans?? Adakah menjadi fesion?? Adakah menjadi treand??Soalan yang ada dalam fikiran pembaca.

Bagi penulis jeans amat bernilai. Mengapa???

Sebab penulis adalah seorang remaja yang masih mencari jati diri. Yang masih mentah dengan dunia yang serba mencabar. Apa kaitannya???

Bagi remaja masa adalah penting. Penting untuk bersuka ria??

Bukan, masa penting untuk menerokai dunia. Dengan berpakaian jeans, seorang itu mudah untuk bergerak, sesuai dengan keadaan sekitar bagi seorng remaja, mudah di sesuaikan denagn pebagai baju.

Betulkah??ya, memang betul!

Masa remaja adalah masa yang datang hanya skali dalam hidup, dan masa pada usia remaja amat penting. lagi pula penulis adalah seorang pelajar. Dengan sekadar berpakain jeans, penulis mudah untuk pergi kemana sahaja. Perbincangan dalam kumpulan, keluar dating, keluar bersosial (bowling, beli barang dll).

Cuba pembaca sekalian bayangkan, jika penulis berpakain formal, untuk perbincangan dalam kumpulan mungkin boleh diterima lagi. Jika penulis keluar dating???tidak ka pelik??

Lagi kepentingan seluar jeans dalam kehidupan penulis;
  • ringkas
  • selesa
  • jimat masa
  • tidak perlu iron
  • yang penting tidak nampak skema. 
seliaan s126509

    Halaman