BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

HARGAILAH MASA

Sabtu, 12 Mac 2011

aku suka syampu


Dalam menjalani kehidupan seharian, syampu merupakan perkara yang penting dalam proses penjagaan diri. Setiap orang ada sebab mengapa menggunakan syampu yang berlainan jenama. Syampu adalah salah satu penjagaan rambut dan kepala. bagi diri saya, saya menggunakan syampu yang jenama clear men (cool sport). 

Saya merasakan syampu ini memang amat sesuai untuk kaum lelaki lebih-lebih lagi bagi mereka yang suka bersukan dan aktif dengan gaya hidup lasak. Bagi saya yang telah lama menggunakan syampu ini, ia amat memuaskan hati saya kerana ia menyegarkan kepala saya dan membuang kelemumur. 

Pada mulanya saya tertarik dengan syampu ini bukan kerana ajakan kawan atau pun faktor keluarga. Faktor utama ialah kerana iklannya dalam tv. Dalam iklan syampu clear ini, mereka menggunakan khidmat Rain iaitu pelakon terkenal dari Korea Selatan. Dalam iklan ini, Rain bercakap dalam bahasa melayu tetapi iklan ini ialah International based. Antara kata-katanya ialah (dunia memerhatikan, penampilan rambutku, hitam kegemaranku, hitam nampak kemas, kemas bermakna tiada kelumumur, saya yakin dengan clear, kelumumur tidak akan kembali, nama saya Rain). Ia amat menarik perhatian saya pada masa itu. Memandangkan saya sudah meminati Rain, perasaan ingin mencuba itu timbul dalam diri saya.

Secara tidak langsung, pada mulanya saya mencuba dengan menggunakan botol yang kecil sahaja. Akhirnya saya berpuas hati dengan hasil yang diperoleh selepas menggunakan syampu tersebut. Syampu Clear ini banyak jenis termasuk juga untuk kaum perempuan. Ia bukan sahaja untuk kaum lelaki sahaja dan juga sesuai kepada golongan veteran. Saya menggunakan syampu ini setiap hari samaada selepas bersukan ataupun tidak. Anda juga boleh cuba.

Seliaan:126507

0 ulasan:

Halaman