BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

HARGAILAH MASA

Rabu, 27 April 2011

SEKITAR EMPAT BULAN BELAJAR SUBJEK PENGIKLANAN ELEKTRONIK


Setelah lebih kurang empat bulan belajar subjek pengiklanan elektronik, banyak saya dapat manfaat dalam mempelajari pasal subjek itu. saya bukan sahaja sekadar mendengar malah memahami mengenai cara-cara untuk mengiklankan dan juga pelbagai jenis iklan yang masih saya tidak tahu. Iklan ini memberi tindak balas secara langsung terhadap produk yang di iklankan. Dengan melancarkan iklan melalui media massa, elektronik dan cetak, ia akan memberi tindak balas yang cepat.
Dalam mempelajari subjek pengiklanan elektronik, saya juga dapat tahu tentang target audien. Antara target audien ialah suri rumah tangga, golongan pekerja kerajaan dan swasta, golongan profesional, ahli perniagaan dan lain-lain lagi. Mereka-mereka ini adalah target audien dalam melancarkan pengiklanan perniagaan dalam media . Pelanggan yang berstatus suri rumah amat penting dalam mempengaruhi keberkesanan iklan. Mereka juga adalah pelanggan utama dalam pembelian barangan isi rumah. Golongan profesional, ahli perniagaan dan pekerja juga amat penting. Mereka kadang kala lebih mempengaruhi pasal iklan ini kerana mereka sering kali mencari sesuatu yang luar biasa dari golongan isi rumah. Mereka mungkin mendapat iklan melalui internet ataupun sumber-sumber yang lain lagi.
Iklan juga ada yang jenis berperingkat. Contohnya yang iklan yang meliputi global, iklan yang antarabangsa, iklan tempatan dan lain-lain lagi. Bisanya iklan yang global ni bersifat umum dan akan di tayangkan di seluruh negara. Contohnya iklan yang mengiklankan produk pepsi yang melibatkan bintang bola sepak. Ia disiarkan di seluruh negara dan ramai yang mengenali produk tersebut. Ada juga iklan yang bersifat antarabangsa yang jenama terkenal mengiklankan produk mereka tetapi tidak memenuhi ciri-ciri yang di tetapkan oleh agama-agam tertentu. Contohnya iklan seluar dalam. Kebanyakan negara islam menolak iklan yang boleh dikatakan melapaui batas-batas penyiaran dalam islam. Jadi tidak semua negara yang menerima iklan tersebut walupun ia adalah yang iklan antarabangsa. Manakala jenis iklan yang tempatan pula ialah kebanyakan iklan yang di buat adlah bahasa yang di gunakan adalah bahasa rasmi negara tersebut. Jadi, yang memahami iklan tersebut adalah hanya rakyat negara tersebut sahaja. Contohnya iklan berdasarkan produk malaysia iaitu petronas,bahasa yang di gunakan adalah bahasa melayu. Jadi, hanya penduduk malaysia sahaja yang memahaminya. Iklan ini hanya di siarkan di malaysia sahaja.
Media memainkan peranan yang penting dalam menjalankan iklan. Antara media yang terlibat ialah media elektronik dan media cetak. Biasanye, media elektronik adalah melibatkan kos yang paling mahal berbanding media lain. Ia bergantung pada masa yang di ambil untuk mengikalankan produk tersebut.  Iklan yang di gunakan dalam media cetak biasanya adalah mengiklankan dalam majalah-majalah. Majalah-majalah yang terkenal biasenye di gunakan oleh pengiklan untuk menguklankan produk mereka. Kos media elektronik adalah berdasarkan masa yang di iklankan berapa lama, waktu siaran mengeluarkan iklan dan berapa kali iklan tersebut di keluarkan dalam media elektronik. Macam dalam media cetak pula, kosnya berbeza berdasrkan keluasan iklan dalam majalah, ruangan dalam majalah, dan lain-lain lagi. Kadang-kadang tanpa kita sedari,iklan ini sering terpapar di depan mata kita tidak kira dimana berada. Sehinggakan kenderaan awam seperti teksi, bas, keretaapi,komuter dan lain-lain lagi ada memaparkan iklan di kenderaan tersebut. Malah,  di negara luar, kenderaan perdagangan juga di gunakan untuk mengiklankan sesuatu.
Gelagat pengguna adalah sesuatu yang penting dalam pengiklanan ini. Gelagat pengguna ini melibatkan sikap pengguna, tabiat pengguna dan lain-lain lagi. Gelagat pengguna ini melibatkan dari semua peringkat umur daripada bayi,kanak-kanak, awal remaja, remaja, dewasa, dan juga peringkat orang tua. Gelagat mereka adalah berbeza-beza dari segi sikap dan juga tabiat. Sebagai contohnya, golongan kanak-kanak biasanya menyukai pada warna. Jadi, warna adalah perkara yang penting dalam menarik perhatian kanak-kanak tersebut. Dalam iklan mesti nampak lebih menarik walaupun tidak seberapa. Kadang kala gelagat ini di pengaruhi oleh keluarga, kawan-kawan dan juga persekitaran.
Akhir sekali saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Puan Siti Syamsul Nurin binti Mohamad Yazam kerana sudi membimbing dan mengajar saya dan kawan-kawan tanpa mengenal erti penat. Di kesempatan ini juga saya Tuan Muhd Khazrul Bin Tuan Kob, number matrik 126507, ingin memohon maaf pada puan sekiranya ada membuat salah dan terkasar bahasa tanpa saya sendiri sedari. Sekian terima kasih. Assalamualaikum w.b.t..  

Ahad, 24 April 2011

cEriTa sEpAnjanG SeM (sesi 10/11)

Sebuah cerita tentang penulis yang telah mengikuti kelas SCCT 3153 Periklanan Elektronik. kelas yang telah membuka minda penulis tentang periklanan elektronik. Pada mulanya penulis menyangka subjek ini adalah subjek yang membosankan tapi ternyata ia adalah persepsi yang salah. Kelas ini amat bermakna kerana telah membuka minda penulis akan iklan-iklan yang ada di semua media massa. 

Sebagai contohnya, perkara yang mudah tapi baru diketahui ialah produk yang akan di keluarkan agensi bukanlah produk yang ingin di iklankan tapi iklan yang dihasilkan adalah produk keluaran agensi. Selain itu, bukan mudah untuk menghasilkan iklan dan terdapat juga format-format yang tertentu yang harus menjadi garis panduan agar iklan yang dihasilkan mendapat menyampaikan mesej kepada penonton.

Kelas ini juga membuat penulis untuk menjadi kreatif dan menggunakan media-media yang terdapat disekeliling penonton untuk dijadikan tempat iklan di pamerkan. Iklan ini bukanlah sesuatu yang mudah kerana ia memerlukan penelitian yang halus untuk menghasilkan iklan yang dapat diterima oleh semua masyarakat sekeliling. Kleas ini juga telah mengajar penulis akan dalam dunia ini tiada idea yang bodoh, tiada idea yang teruk. Semua idea adalah baik, cuma idea yang terbaik antara yang terbaik sukar untuk dicari.


Seterunya ingin penulis mnyatakan ucapan ribuan terima kasih kepada pensyarah iaitu Puan Siti Syamsul Nurin Binti Mohamad Yazam keran telah banyak mencurahkan ilmu yang amat bermakna dalam kehidupan sebagai pelajar Pemasaran. Akhir kata, penulis memohon ribuan kemaafan andai ada salah kata, atau silap perbuatan hingga mengecilkan hati dan menguris perasan.


Sekian, Muhammad Taufik B. Che Hat----126509----
a.k.a PuTera RunSing

Sabtu, 16 April 2011

kreatif piramid

Halaman