BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

HARGAILAH MASA

Ahad, 24 April 2011

cEriTa sEpAnjanG SeM (sesi 10/11)

Sebuah cerita tentang penulis yang telah mengikuti kelas SCCT 3153 Periklanan Elektronik. kelas yang telah membuka minda penulis tentang periklanan elektronik. Pada mulanya penulis menyangka subjek ini adalah subjek yang membosankan tapi ternyata ia adalah persepsi yang salah. Kelas ini amat bermakna kerana telah membuka minda penulis akan iklan-iklan yang ada di semua media massa. 

Sebagai contohnya, perkara yang mudah tapi baru diketahui ialah produk yang akan di keluarkan agensi bukanlah produk yang ingin di iklankan tapi iklan yang dihasilkan adalah produk keluaran agensi. Selain itu, bukan mudah untuk menghasilkan iklan dan terdapat juga format-format yang tertentu yang harus menjadi garis panduan agar iklan yang dihasilkan mendapat menyampaikan mesej kepada penonton.

Kelas ini juga membuat penulis untuk menjadi kreatif dan menggunakan media-media yang terdapat disekeliling penonton untuk dijadikan tempat iklan di pamerkan. Iklan ini bukanlah sesuatu yang mudah kerana ia memerlukan penelitian yang halus untuk menghasilkan iklan yang dapat diterima oleh semua masyarakat sekeliling. Kleas ini juga telah mengajar penulis akan dalam dunia ini tiada idea yang bodoh, tiada idea yang teruk. Semua idea adalah baik, cuma idea yang terbaik antara yang terbaik sukar untuk dicari.


Seterunya ingin penulis mnyatakan ucapan ribuan terima kasih kepada pensyarah iaitu Puan Siti Syamsul Nurin Binti Mohamad Yazam keran telah banyak mencurahkan ilmu yang amat bermakna dalam kehidupan sebagai pelajar Pemasaran. Akhir kata, penulis memohon ribuan kemaafan andai ada salah kata, atau silap perbuatan hingga mengecilkan hati dan menguris perasan.


Sekian, Muhammad Taufik B. Che Hat----126509----
a.k.a PuTera RunSing

0 ulasan:

Halaman